Sunday, August 15, 2010

Rancangan Hanya Angan-Angan..

Untukmu kuabadikan dalam satu rancangan..

Sempurna!
Itu hanya ungkapan..
Realiti sekali lagi angan-angan..

Anjakan kasih gagal dalam sekelip mata..
Benar
Semasa aku jatuh..
Aku berdiri tanpa di papah..
Semasa aku merangkak..
Aku berlari tanpa paksaan..

Semasa melakar kegembiraan..
Tamparan hebat menerpaku..
Nafasku seperti mahu terhenti..
Aku kuatkan semangat..
Berdiri..
Aku lelaki..
Hanya perasaanku wanita..

Langkah seperti mahu kau bersama..
Mata penuh dengan perkara sulit..
Semestinya rahsia kerajaan..
Ish.. ilusi sahaja..

Kau sembunyikan belaianku daripada sesuatu..
Kau mahukannya sayang..
Usahlah sayang kau menyepikan realiti..
Perasaanku bukan cetakkan..
Ia tulus padamu
Kau aku, kita, sama rasa..
Cinta..

Bermalam
Ku atur..
Ku cuba buktikan..
Semuanya sia-sia..
Hanya cebisan dariku untukmu..

Adakah itu cukup membuktikan cintaku?
Bagaimana lagi hendak ku lakukan..
Cara mana lagi harus ku persembahkan..

Pulangku..
Ibarat menampar angin..
Kais-kaisku tiada gengam..

Ranjauku..
Menyentap punjangga..
Ia x pernah realiti..
Hatiku seperti berkata..
Mengejarnya perlu berpaut pada yang teguh..
Yang teguh itu agama..
Sesungguhnya itu jelas terbukti atas apa dibuktikan..
Dibuktikan Itu Kasih Sayang..
Hanya hati mencorak langkah bukan perasaan..
Perasaan itu adalah perangai..
Mustahil terjadi tanpa penyelesaian..
Penyelesaian itu adalah doa..
Caraku benar..
Benar itu caramu wahai cinta..

Terima kasih..
Meyakinkanku masih bersamamu..
Memberi nafas dengan kau disisi..
Setiap masa kau dalam hati..
Aku hargai..

Esok kau milikku..

No comments:

Post a Comment