Monday, August 16, 2010

Hadirmu Aku Hina, Pergimu Ku Tangisi..






Nyaman senja di usik siulan sang kecil..

lagu siulan bersilang dendangan ayat quran di masjid sebelah..
seperjuanganku menerpa panggilan sang cintanya..
terusik jiwaku sebentar..

Azan!!!
jamuan bukaku bersama roomate..
sekali lagi jiwaku terusik..
suapan demi suapanku teringat sesuatu yang menusuk..
tusukannya amat dalam..
aku xmampu tanggung keseorangan..

Ternyata aku tidak keseorangan..
A-Mie..
nasibnya sama sepertiku..
dia seperti memahami..
walaupun kami lelaki..
hati kami suci untuk seorang bernama wanita..

Kini lagu yang diputarkan,
-went you ran away-

Aduh
hati ini seperti digengam..
rasaku hanya air mata..
air mata yang tidak bermakna..
mengenang sesuatu yang tak pasti milikku..

Hadirku dihatimu dengan hasrat..
hadirku bersama masa depanmu..
segenap saja dirempuh sang perasaan..
marah..
aku dihina..
aku dipulau seperti orang asing dengan begitu singkat..

Apa salahku?
apa mahumu?
bilang saja mahumu..
aku hanya mencuba dan terus mencuba..

Tapi..
segala cubaanku..
hanya sia-sia..
tiada berkenan, tiada sokongan..
hanya kritikan demi kritikan terus di lontarkan padaku..

"Sakit!!"
sesingkat kata sedalam rasanya..
tiada ubat bisa mengubati hati ini..
hanya kepulangan dan penantian..

Bilikku kini sunyi
semuanya nyeyak tidur..
mungkin keletihan..
aku terus menulis..
ouh malam.. kau sepertinya setia menemaniku..
terima kasih..

Perasaan ini terus menerus menyepi sedih..
wahai hati ini..
tabahlah kerana dunia..
sabarlah untuk kesempurnaan..
tiada apa yang perlu kau capai hanya impian..
langkahlah dengan penuh keyakinan..
langkahlah tanpa ragu..

come on!! come on!!

_______________________________________________________________________


Ini bukan aku!!
aku masih menafikan semua ini..
aku taw kau sepertiku.
kau juga mahu nafikan apa terjadi..
mengapa hanya kerana beberapa faktor..
kau membiarkan dan memaksa diri..

Sayang..
adakah kata-kata kau itu benar?
kau bingung bukan?
kau silap bukan?
aku sudah kenal hatimu sayang..
katakan tidak pada apa yang berlaku..
pandanglah dengan mata hatimu..

Saat berlalu berganti minit..
semakin hari ternyata hati ini semakin sepi..
keranda sesimpit hati..
seribu rasa satu hati..
sejuk..
takot..
kecewa..
sering menghantui aku..

Langkahmu seperti menidakkan sesuatu..
senyummu seperti memberitahuku sesuatu..
adakah itu cinta?

Keseorangan aku merenung sudut kamar..
terkenang detik manis..
saat cinta hangat bertasbih..
tanpa sedar..
air mata membasahi pipiku..
"eh! nape nieh.."

Aku cuba menutup sedihku dengan senyuman dan perasaan riang..
aku gagal..
kau tetap aku kenang..
selama aku bisa bernafas
masih meneruskan hariku..
aku xputus mengingatkanmu..

Aku cuba segalanya..
ingat semua silapku..
hanya satu.
aku ingin kau selalu ada..
aku ingat setiap masa..

Walaupun kau hilang, kau senyap..
aku tahu kau tahu aku rindukanmu setiap masa..

Aku sangat merindukanmu cinta..



ps :: Bertahun lalu ~

No comments:

Post a Comment