Saturday, August 14, 2010

Kelmarin, Semalam, Hari Ini Dan Akan Datang..

Saat-saat ini saat pedih hidupku..

Kelmarin..
Penyataan Hanya Suatu Yang Sementara..
Semua Akan Normal..
Semua Terkawal..
Sebelum Bertukar Masa..
Aku Menangis Sedih Mengenang Lakumu..
Kau Pinta Ia Hanyalah Permainan..
Aku Anggap Ianya Serius..
Tapi Segala Terjadi..
Seperti Kau Telah Bersamanya..
Kau Menafikan Semuanya..
Biarku Menanti, Bersulam Kesedihan Pada Pipi..

Semalam..
Hariku Seperti Tidak Terurus..
Sememangnya Tak Menjadi..
Aku Masih Menyayangimu..
Walaupun Bintangku x Terang..
Apa Yang Ku Lihat Seperti Marak..
Membakar Jiwaku..
Aku Terkenang Semua Manisan..
Dalam Lagu Yang Pernahku Mainkan..
ohh..
Bertapa Sayunya Hatiku..
Jika Langkahku Hanya Menapak Di Angin..

Semalam juga..
Lakumu Melebihinya..
Apakah Benar?
Masamu Bersamanya..
Aku Lihat..
Aku Ini x Lagi Di Hatimu?
Semua Tindakanmu Seperti Jawapannya..

Hari Ini..
Aku Hanya Mengatakan Apa Yang Ku Rasa..
Bertemankan Rakan..
Bertemankan Suasana Riang..
Tapi Jauh Dalam Lubuk Hatiku..
Terkenangmu..
Mereka Tidak Boleh Memberi Kebahagiaan..
Seperti Mana Telah Kau Lakukan..

Tadi juga..
Kau Kata Aku Benci Dirimu..
Kau Kata Ia Berakhir..
Kau Kata Kau x Faham Aku..
Begitu Jugak Aku?

Tapi Kau Tahu Siapa Aku..
Kau Tahu Apa Mahuku..
Kau Masih Menjadikan Ia Khilaf..
Kau Cuba Sembunyi Apa Mahumu..

Kau Usah Berdiam Diri..
Kerana Aku Bersamamu..
Setiap Masa..
Memang Kau x Merasa..
Tapi Aku Selalu Merasakannya..
Setiap Masa Aku Ada Kamu..

Akan Datang..
Sekiranya..
Kau Bukan Milikku..
Kau Mungkin Terbayang Akan Telatahku..
Kau Mungkin Rindu Akan Belaian Sayangku..
Mungkin Juga..
Kau Menangis Tatkala Kau Duduk Sepi..
Ingatlah Bahawa..
Aku Bersamamu
Biar Pun Aku Bukan Di Bumi Nyata..

Sekiranya..
Kau Milikku..
Mampukah Kau Tahan Kerenahku?
Mampukah Kau Berubah?
Jika Kau Milikku..
Pasti Aku Orang Paling Gembira

Itu Semua Harapan..
Mana Realitinya?


No comments:

Post a Comment