Friday, August 13, 2010

Hati Ini Tulus

Hati ini meluahkan rasa


Kau perlu tahu..



Hati ini pernah cuba meninggalkanmu

Masa itu kita baru berkenalan

Ku akuinya

Ku fikir kau dan aku hanya semata-mata kasih

Sehingga satu masa



Hati ini pernah cuba menduakanmu

Masa itu hatiku mula kenal hatimu

Hatiku mahu kesronokan semata-mata

Sehingga aku sedar

Bahawa x perlu untuk berlaku curang

Atas kerana tidak mengenal

Aku mula cintai kau



Hati ini pernah cuba lari dari kenyataaan

Masa itu aku dan kau hangat bercinta

Aku sangat rindu saat itu

Masa tu aku cuba lari kerana aku fikir

Mampukah aku bawamu bersama cintaku

Kau bersuara aku terakhir bagimu



Hati ini pernah juga merasa gelisah

Sewaktu kau bersama lain

Tertanya aku keseorangan

Adakah ini cemburu?



Hati ini pernah tertanya benarkah aku dan kau realiti?

Jawabku benar

Xperlu mencari yang sempurna

Kerana kau pastinya sempurna



Hati ini pernah tertanya siapa kau sebenarnya?

Cinta atau kasih semata-mata..

Aku imbas masa bersama..

Mustahil ianya kasih..

Sudah pasti cinta..



Hati ini tertanya benarkah kau cintaku?

Kau seperti xpedulikanku

Sedangkan aku terus mencintaimu

Aku x lihat siapa kamu lagi..

Aku x lihat latar kamu..

Aku terima kamu sepenuh hati..

Sebab aku telah cinta kamu..



Hati ini merasa cemburu

Setiap masa kau jauh kau senyap tanpa kata

Pernah hati ini menangis

Menunggu kamu



Hati ini pernah bersangka buruk

Sungguh kejam hati ini

Aku percaya kamu

Pertanyaan demi pertanyaan

Kau curang?

Kau tipu?

Kau foya?

Namun aku tetap setia sebab aku mahukan cinta

Bukan wanita



Hati ini mahu bersamamu

Kerana aku bukan lagi cinta sahaja

Hatiku adalah hatimu

Setiap masaku sebelum ini fikirkanmu

Dalam berkawan

Dalam ria

Aku sering ingat aku ada kamu

X perlu untuk ku berpaling

Sehingga hari ini dan kekal ke hari akan datang



Hatiku pinta

Dicintai seperti kau ku cintai

Disayangi seperti kau kusayangi

Setia seperti setiaku padamu

Jujur seperti aku laku padamu

Menerima seperti aku menerimamu

Siapa kamu aku xkesah

Aku hanya kesah

Jika kau jauh daripadaku

Kau senyap tanpa kata

Kau bersama lain

Kau sedih

Kau berubah

Itu yang aku akan lihat

Inilah cinta

No comments:

Post a Comment