Friday, January 11, 2013

Perindu

Bisikan angin membelai perasaan,
Menyapa lembut sapaanmu terbayang.
Aku kini tersangatlah sunyi, sunyi yang tidak bersendirian.

Walaupun aku dalam keriuhan.
Walaupun aku bertemankan kawan kawan.
Akan aku kini lebih gemar berteman kesepian
Yang sepi akan ketiadaanmu.

Saat message mu masuk dalam telefonku,
Aku buka dan terus membaca,
terasa diriku berharga, bersamamu cinta setia..

Saat panggilanmu masuk ku bernafas pantas..
Seakan teruja akan nya,
namun sekadar satu suara yang menjadi pengubat rindu untuk sesaat.

Ya Tuhanku,
jika benar dia milikku,
Satukan kami, permudahkan semuanya.
Semoga mudah bagi kami melaksanakan hukum dunia.

Resah hati bila aku bersendiri,
Takot bila aku tak berhubung.
Risau saat berjauhan.
Adakah ini cinta.

Aku rindu, i missing u
Aku cinta, im loving u
Aku inginkan mu, i want u
hanya kamu ~

Akulah perindu ~

Friday, January 04, 2013

Perindu Yang Keliru

Cerita ini berkisahkan seorang pemuda yang sedang bercinta lalu keliru dengan cintanya. Pencinta gadis ini bukan dimainkan perasaan oleh si gadis tetapi perasaan yang rumit dirasai dalam jiwa, seolah-olah dihantui. Jelas perasaan itu bukan hak seorang manusia utk membentukan dan nahkoda hatinya. Dalam kerunsingan, pemuda bertemu kekasih hatinya. Namun perasaannya tidak dapat diluahkan. Hanya sekeping nota ini mencerita segalanya.




.....................................................

 Saat aku teringatkan dirimu
saat aku mahukan dirimu
aku merinduimu
aku mencintaimu

ternyata berat ungkapan cinta
ternyata sukar mengertikannya
dan sulit tuk ku luah
dan sulit tuk ku berikan

cinta itu milik kita
kita berdua
milik kamu
milikku jua
tapi yang Maha hanya si Dia
tapi yang Maha adalah Dia

Sebalik nota berjuta nota
sebalik kata seindah kata
terselit cerita cinta
kisah silam cinta cinta

Mungkinkah ini satu pusingan
mungkinkah ini satu permainan
ku harap tidak ku tak mahu
kerana engkau hanya "Satu"


......................................................



Thursday, April 26, 2012

Seketika Tiada *

Hasil ini merupakan lagu kedua tahun ni selepas " Penantian Sempurna " . Inspirasi lagu ini disaat emosi tak stabil fikirkan seseorang. Mungkin terlalu sibuk. Kemudian akan saya update "Penantian Sempurna" dalam MP3. sebelum tu, ini keduanya, "Seketika Tiada"

.........

Termenung disudut kamar,
memikirkanmu yang tiada,
pergi entah kemana,
saat hati merindui dirimu.

Tersedar daripada mimpi,
pengenalan kita sudah lama,
seakan setahun lama,
itu ukuran pasangan bercinta.

Telah ku cuba memital janji,
yang ku rasanya ia pasti
untuk meraih setiamu
mendapatkan seluruh ragamu

Akan kenapa dikau hilang
Ku harap kau tenang,
melalui hari harimu
saat kita jauh.

........................

Sesudilah pada sesiapa yang nak push diri tu menjadi seseorang dalam dunia seni. Saya cuba membantu. 

Yang Benar,

Pena Rahsia


Tuesday, April 17, 2012

Penantian Sempurna *

Entri ni adalah luahan hati yang saya tulis dalam bentuk skrip, pada sesiapa yang mencari komposer, lagu, penulis lagu, bolehlah ambil contoh saya ini sebagai penarik minat pembaca. Semoga ada yang sudi mengambil saya bekerja sebagai komposer anda.




........


sang api-api, menari riang,
dalam teduhan malam,
bawah pohon yang rendang,
sewaktu melintasi seri seri malam.

bayangmu menghiasi, serinya terbayang,
kelam rasa terang,
tanpa pari pari sayang,
harapan tak hilang selalu julang.

jangan kau pergi saat hati kata sayang
jangan kau jauh saat rindu datang
jangan kau mati jangan hancurkan hati.
ku cintaimu setiap kataku dengan erti.

dikau tak terasa rasa sayang
setiap satunya,
kerana aku masih menunggu,
mengikat hati mengikat janji.
untuk satu penantian yang sempurna.


.....




Akan saya gubah mengikut kesesuaian muzik keadaan suara, latar dan masa.
Tinggalkan email atau nombor phone. jika berminat. saya sedia untuk bekerja dengan anda.
Plegarism akan saya dakwa bersama undang2 :)

yang benar.
Pena Rahsia


Friday, April 13, 2012

Cerita Pendek : Selalu Ada

Diadaptasi daripada novel yang akan saya keluarkan " Kronologi Cinta "
Kehidupan yang berliku pahit manis selalu mengajar erti hidup.
Itulah corak yang mewarnai hidup, tanpa sedar " dia " selalu ada..


........


Hmm hidup ni sangat bebas sehinggakan semua bende kita mampu buat, sejak jumpa awak saya selalu dengan awak, awak tahu tak awak sweet sangat kalau saya fikirkan semula..

Ingat tak masa kita duduk tepi pantai sama2, konon2 nak tengok matahari tunduk, tapi hampeh, awak tengok saya, saya tengok awak.. Masa tu saya perasan si Dia tu diam je saya tak tau nak buat pe. Sejak dengan awak saya happy je, kita buat semua sama2, tak kira jauh dekat macam orang dulu2 cakap, redah onak duri, lautan api direnangi kan kan.. tapi.. lawak lah awak ni awak tau tak.. sebab hujan lebat awak duduk tepi.. hihik..


Pastu kita mandi ujan same2, huyoo, romentik rasanyakan.. gelak tawa, pastu leh guraw2 pulak.. esok je, sian awak, demam.. saya jugak yang menjaganya.. sian saya pas saya jaga awak saya pulak demam.. cinta kita ni berkait rapat.. 

masa tu nak exam, tetibe je awak pelik, kawan saya semakin rapat ngan saya, kenapalah ek saya pk pk. saya diam jela. mungkin ni corak hidup. tak sangka pekse nak dekat. awak tak da lagi. awak bersama kawan saya. saya teringat jalan jalan hitam kita bersama. tak pernah saya fikir saya nak buat dengan awak ikot awak. tapi semua dah jadi sejarah.

satu hari saya cari Dia. Dia saya masih tak jumpa. Saya yakin dan pasti Dia ada mencari saya. Ye betol. Dia tu ada bila mana saya ada. Saya jumpa Dia saya dakap. maafkan saya kerana jauh daripada awak. Say dengan Dia sebenarnya tak terpisah pun. Hitam putih jalan saya dia selalu ada.

Saya silap tapi saya tak pernah nyesal.
Mesti semua fikir Dia tak da bila masa kita ada di tempat yang salah kan.

Dia sangat sayang pada kamu semua tak pernah hilang. 
Mungkin Kealpaan mengelapkan Dia
Sekeras mana sekental mana kita, Dia pasti muncul dan selalu ada.



Iman adalah Dia.
Sejahat mana kita apa sekalipun kita dah lakukan Dia tak pernah hilang.
Meskipun setahun jagung Dia sekalipun, dia sering bersama, Dia akan menjadi Nila
Yang boleh mengubah sebelanga susu.
Kehebatan si Dia diluar kuasa kita. Jangan pernah menyesal setiap saat perbuatan kita.
Pengalaman itu mengajar dan mendidik akal.
Kerana akal perlukan didikan sebegitu rupa. Orang yang berjaya menggunakan akal adalah orang yang Hebat. jangan sekali memanipulasikan akal necaya Dia akan rosak.


p/s :: Cite pendek ni diselitkan ilmiah sikit, nak bagi maksud yang kita takkan pernah terus dalam gelap saya harap kawan2 kat lua tak pernah give up. Kejayaan selalu ada. Supportlah saya untuk terbitatan novel dan filem kronologi cinta ni. saya cuba sehabis baik. TY.

Monday, April 09, 2012

Cerita Pendek : Perasaanku

Aku ada suka pompuan ni, budaknya kecik, memang kecik la lau nak dibandingkan aku ni. Tapi hubungan tak nampak serius, selalu je on and off. Macam lampu picit dah. cinta lampu picit ke ape ni. ntahlah. tapi mostly feeling ni xpernah ilang. tapi honestly aq takot nak menagih cinta pompuan. sebab aku tak mau kecewa, aku xnak cinta separuh jalan. sakit wo ! walaupun sakit tu tak nyata, tapi dosa jugak babe.

Aku kalau nak seseorang boleh je dapat, sebab aku ni ala-ala aaron aziz lah jugakkan. tinggi comel macho. aku lerh tu. aduhai. nak cakap kapel tu payah betul daripada mulut aku ni. kalau cakap tu boleh keluar belian. oleh sebab tu terpaksalah merahsiakan perasaan ni. sampai dia terasa termain perasaan oleh aku. dia perlu tau siapa aku. sebab aku xmo die menyesal.

Pernah sekali dia pelik, mungkin masalah rutin wanita kot. biasalah. bila dah ok baru ok. tapi jadi balik. takan rutin lagi. sedih rasanya. andai dia rasa dia dimainkan. bitau jela. andai rasa sunyi kosong. bitau la. mungkin aku leh masuk line. umur dah besar panjang ni dah boleh ngundi lagi ni. patot dah de yang care. sabar jela. harap dia boleh sama ada satu rasa. pada aku umur cam skunk ni tak leh dah nak main kan pompuan tipu perasaan. kene buat pilihan yang betul. dah kene dah pandang kejayaan. bukan pandang masa depan.

Aku tak tau pe perasaan dia pada aku sampai cam tu sekali. pepun harap dia percaya aku, dan begitu jugak aku. 


p/s :: post gedik kot ni saje je.. lalalalaa ~

Sunday, April 08, 2012

3 Wanita

Angin pagi mengejutkan lenaku..
Hanya mimpi terbuaiku seketika..
Mustahil untuk memiliki mereka..
Kerana mereka terlalu sempurna..

Andai pokok itu bergoyang menyatakan berita,
pasti ku tahu yang mana setia indah sempurna,
Seandai bisa ku atur ceria seorang wanita,
tak mungkin mustahil semua luar kuasa..

Hanya 3 wanita yang pernah ku kenal sempurna..

Jauh dipandangan selalu dihati,
Utara selatan bukan sempadan,
Itu pertama perasaan tlah lama ku simpan,
Kau pujaan kau dambaan seperti Puteri Jadian..

Rupanya berubah saat bersua wajah,
Minat yang sama cerita berbeza,
Jauh matang jauh lagi taraf kehidupan,
Kau ceria kau sri laksmana seperti Puteri Cendana..

Umur bukan alasan bercinta,
Bukan kerana perasaan derita atau memaksa,
Menunggu masa menunggu cinta,
tersimpan hati alkisah Puteri Gunung Ledang..

Andai bisa ku cerita setiap satu daripada mereka,
Tak habis semua yang kurasa,
Andai setelah ku miliki semua ini hanya sejarah,
Satu daripadanya akan ku miliki,
dan semuanya ku kan nanti dalam satu cerita,
cerita 3 wanita..

Sunday, March 25, 2012

Kronologi Cinta

Sinopsis Kronologi Cinta
- Pena Rahsia -




.....................................


Sekolah Rendah aku tersangatlah terjal, malas, nakal, degil dan suka membuli. Pernah cinta monyet kepada seorang perempuan ni bernama Sarah. Masa tu aku selalu baik dengan Sarah sampai sanggup bergaduh untuk dia walaupun dia sebenarnya tak suka pada aku. Selepas darjah 6 berpisah kerana keputusanku tidak sehebat dia.

Kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah berubah apabila aku dimotivasikan diri aku sendiri selepas hari berkhatan aku. Mula belajar menjadi seorang remaja. Mencapai keputusan cemerlang di tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. Aku adalah antara 2 pelajar terbaik sekolah ketika itu. Namun sebelum PMR, aku dibuli oleh beberapa rakan menyebabkan aku hilang kepercayaan pada diri sehingga sekarang. Seorang sahabatku bernama Arif dan Yazid. Selalu menyatukan namaku dengan Fatin. Membuatkan satu perasaan itu timbul. Akan tetapi Fatin menolakku kerana badanku yang gemuk. Sejak itu aku nekad untuk langsing.

Tingkatan empat disekolah sama kerana keputusan yang biasa saja. Ramai tidak mengenaliku. Kenapa? aku mula rasa terpulau. Usahaku sebulan membuahkan kejayaan. Aku berjaya menurunkan berat badan yag ketara sehingga dituduh mengambil dadah. Sedih hati ini. Namun sejak hari tu namaku meningkat dan diberi keutamaan. Aku sering meminjamkan telingaku ke guru kaunseling. Menjadi pelajar yang namanya disebut-sebut sehingga bertemu dengan seorang gadis bernama Huda. Cinta bertahan sehingga akhir usia 18 tahunku. Sejak kehadiran Huda, aku menjadi semakin bijak. Pada masa yang sama aku dan 4 rakan lain membentuk satu kumpulan digelar adik beradik kerana selalu bersama antaranya Sazele, Faris, Husna dan Sarah (cinta monyet sekolah rendah). Kejayaan diraikan bersama. Keputusan kami berlima agak cemerlang dan tercipta lagu Awan Berarak yang satu hari pasti bermain ditelinga kami.

Selepas pemergian Cinta Huda, aku memasuki satu IPTA dan bertemu cinta Ain. Cinta bersama Ain di tikam kawan baik, Wan. Pasrah kerana terlalu lemah dengan kawan. Sejak hari itu Cinta aku tidak berbalas dan berganti. Cintaku bersama Azwa digantung atas dasar kawan, cintaku cuba bersinggah ke Salihah tetapi hanya dibibirku. Kerana ku tak mampu mencintai orang lain. Cinta yang aku cari asli.


Jika cinta dicari dan menyerupai ahli keluarga kita. Maka cinta itu sia-sia. Allah Sangat larang bercinta dengan sifat fizikal mahupun batin yang ada pada ahli keluarga kita. Jika terlintas difikiran cinta kita seakan mereka maka lepaskanlah kerana Allah. Percayalah akan ada yang terbaik.

Antara orang yang ku gelar cinta hanya Azwa dan Ain. Mereka tidak tumpah pada rupa dan bentuk sesiapa. Itu sangat asli. Inilah cinta Maya yang sangat aku ratapi. Hilangnya jatuh di pandangan. Hanya mampu untuk meratapi segala memori bersama. Cinta yang tak pernah wujud. Dan selaluku tangisi. Kini hanya 3 orang yang ku tunggu. Mereka berasal daripada 3 negeri yang berbeza. Manis kataku hanya kelebihan yang Allah beri untuk mendekatkan diri kepada-Nya


...................................................



Siapa sebenarnya 3 orang tu? adakah keluarga, rakan dan kekasih? Adakah aku dalam cerita ini akan bahagia? Cerita ini tidak mendatar. Selalulah Update. InshaAllah cerita penuh akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

Thursday, March 15, 2012

Harapan Itu Pengajaran Terbaik


Ibarat perantau, kita boleh belaja banyak benda antaranya bagaimana nak jadi lebih efisyen dan produktif. Kita selalu tak sedar yang kita dah buat tu bagi manfaat dan kebaikan. Seperti cerita orang kaya yang terselamat seksa kubur, cerita ahli ahli alim yang sering kita perdengar di pusat pemulihan dimana,

"Pada suatu hari, seorang hamba Allah yang berada terlalu menilai rezki yang dimiliki, sehingga satu hari, keadaan yang menghalang orang upahan utk memasak kepada beliau, telah dihidangkan dengan sekeping roti, namun pabila telah terhidang, beliau membuang roti itu ke luar tingkap dan memarahi orang upahan itu serta menghukum. Alangkah jika dia tahu akan syukur nikmat. Saat kematiannya seperti orang lain. Lalu bila ditanya dalam soal jawab, satu sebatan dilemparkan, tetapi terselamat kerana sekeping roti itu menepis tamparan sebatan itu.

Berbalik pada roti, roti yang telah dibuang itu dikutip oleh perempuan tua di luar rumah hamba Allah itu, lalu perempuan itu terlalu bersyukur dan berdoa kepada Allah bahawa akan keselamatan duniawi dan ukhrawi hamba Allah tersebut. Doa itu Allah makbulkan."

Pembalasan dan penilaian dosa pahala di luar kuasa kita. Oleh itu jangan pernah menyesal dengan setiap satu yang telah diaturkan Allah utk kita. Percayalah setiap satu daripadanya ada kebaikkannya.

________________________________________________________________________

Andai diberi intan permata,
akan ku pilih dirimu,
Andai diberikan emas dan perak,
akan ku gadai diriku,
asalkan kebahagian itu milikmu.

Tidakkah cinta itu perasaan,
cinta tak semestinya memiliki,
cinta tak semestinya merasai,
cinta hanyalah nikmat yang sementara yang telah diberikan Allah sebagai satu nikmat.

Seorang yang berjaya menawan hati ini,
telah menutupi segalanya dengan pintu kerelaan,
bahawa cinta itu tak perlu utk dimiliki tapi dirasai.

Indahnya dunia seindah pemergiaamu,
indahnya syurga seakan senyumanmu.
Kini kurasakan itu sudah bererti utk diriku,
yang mungkin tak lagi melihat dirimu,
walaupun hanya sementara,
bukan ku lari tetapi menjauh kerana kau bukan lagi harapanku.

Harapanku menjadi pengajaran terbaik,
sebaris dengan pengalaman ku sebagai seorang penulis,
menjadi penulis memerlukan pengalaman yang menggunung,
ini mungkin bekalan terbaik buatku.
Terima kasih daun keladi,
Esok lusa mungkin bertemu kembali.

Ada satu bintang yang masih belumku petik,
Mungkin bintang itu hanya boleh menjadi teman dan wajah hiasan,
Atau suatu masa yang tak pasti.
Diri ini tak sempurna artist lain,
mahupun sesempurna iman didada yang "alim"
cukup sekadar menjadi topeng hidup yang telah Allah berikan utk penulis.

Penulis disini nak pesan,
Angpa yang dok diluaq jgn dok selesa dengan hak angpa la ni,
siapa tau esok luasa kita tadok lagi dale dunia ni,
Hanya Allah yang mengetahui.
Yang terbaik hanya jalan yang lurus.
Ingat cinta itu perasaan,
Jangan terlalu berharap,


Kerana Harapan itu akan menjadi pengajaran biarpun telah nyata.

Thursday, March 08, 2012

Jika Bisa Ku Sentuh Bintang

Seindah malam dipagar bintang,
Tiada seindah malam itu,
Tapi sayang hilang,
Mungkin sementara.


Andainya diberikan satu peluang,
Kan ku minta ianya kembali,
Menjadi teman malam hari,
Sungguhpun jauh,
keberadaannya terasa begitu dekat.

Mungkin saat itu,
Hanya kebetulan,
Tanpa sengaja menambat hati ini pergi bersamanya,
Aduh sakitnya bila sedar,
Tak lagi bersamanya.

Bukan ku ungkit kehadirannya,
Kusedar ia sementara, seberapa nilainya padaku,
sebegitulah makna yang ku ertikan.

Ku tak mampu mengukapkan janji,
Tak jua mampu mengukapkan cinta,
Bukan lemah, bukan pula kalah,
Tapi ku sedar ku tak seberapa,
Syukur kerana akalku sempurna,
ciptaan Ilahi.

Berdosanya aku menjatuhkan airmata srikandi,
seorang wanita bukan lelaki,
tidakku lihat apa dimilikinya,
tidakkan lagi dilihat apa dirinya,
hanya istifar ku panjangkan,
mungkin nafsu mentahtakan diri.

Semakin hari semakin terasa hilangnya,
Ku tahu bukan hanya aku tapi dia juga merasa.

Bukan peluang ku pinta,
Bukan paksaan ku mahukan,
tapi ikhlasnya hati,
yang datangnya dengan air mata, 
ketiadaan kotak hati yang sifar.


Ibarat seekor semut, sekecilnya kecil lagi hatinya,
bukan niat bermain perasaan
tetapi
luahan si pena rahsia
iaitu aku

Jika ku sentuh bintang
mungkin semua menghina
kerana bintang itu mustahil untuk ku sentuh
apatah lagi untuk ku miliki




Wednesday, March 07, 2012

Sekadar Cerita Hati

Indah kata daripada rupa..
Manis bagai tebu ditepi bibir..
Bukan aku..
Ia hanya kurniaan Allah..

Syukur..

- Pena Rahsia -

Monday, March 05, 2012

Kau Penyeri Nota Pena


seminit kepada sejam
sejam terus ke hari
ia selalu membelakangkan kita
ia selalu bersejarah
ialah nota pena

Nota Pena

setiap saat begitu berharga,
seperti memiliki sebuah kerajaan bernama keluarga,

utarakan pena dengan sapaan salam,
maaf dipinta
yang nyata, entri ini hanya luahan hati tanpa pinta,
kebahagiaan itu milik bersama,
itu nikmat Allah supaya kita selalu bersyukur.
ku yakin ini kesudahannya. :)

Sekeping hati sekeping janji berukirkan kata-kata,
terisi didalamnya satu perasaan
satu impian
yang ghaib dikenali sebagai fitrah

bukan mudah menghadapi satu hari yang pedih dengan perasaan
seorang perempuan tidak menafikan perkara itu
begitu juga seorang lelaki.




Ibarat sebatang sungai yang mengalir.
airnya tetap mengalir meskipun terhalang.
ia tetap mengalir dengan limpahan
hanya masa akan mengajar kita

Firman Allah dalam surah Al-Asr 
"Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh, kemudian yang sering berpesan pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan pesan dengan kesabaran"

setiap kenangan ku penjarakan dalam kotak ingatan
langsung ku tulis setiap satunya supaya sentiasa diingati
setiap masa
biarpun dilupakan dia
hari ini satu perasaan yang sepatutnya tidak perlu dirasai
kembali bagai musim buah buahan
mungkin sifat terlalu berharap tanpa sedar menyelubungi hati ini

lemahnya hati ini bagai malam dipanggar bintang
serinya hanya bisa dirasai dengan pancaindera mata tidak pula disentuh..

hanya harapan dapat ku gariskan bersama bintang terang
agar kau sentiasa berada disitu
menemaniku bila sunyiku
bersamaku bila sendiriku
menerangi malamku bila kuperlukan mu


Tidak punya perasaan tapi melihatnya, seakan akan simpati dalam diri timbul,
bahkan berada ditempatnya, sudah pasti sepi, tetapi pemiliknya,
ada kehidupan yang perlu beliau lalui,
sebagai boneka hanya akur,
adat dunia :)

dan masa-masa itu, tidak hanya di mata dan ingatan
ku simpan dalam nota pena
ku yakin satu masa, jika tidak aku,
mahupun kau,
yang membacanya akan mengetahui
kau penyeri nota pena.


P/S::
subuh telah memanggilku
terhenti disini, tidak bermakna segala satunya terhenti,
Assalammualaikum.


Selalu ingat :)

Saturday, March 03, 2012

Permata Selatan

Indah dipandangan lagikan disentuh,
Semekar mawar seandainya miliku,
Setangkai bisa menjadi saksi keseluruh,
Biar pun tumpah darah berputih tulangku.

Aduh seribu kali aduh..
Perasaan hanya perasaan..
Mainan perasaan hitu sementara..
Ingat harus diingat..

" Jelous tak bererti cinta "
Kesudahan bercinta kepada persahabatan dianggap mustahil
Menjadikan ianya satu dalam seribu..

Aku bangga dengan diri sendiri..
Sebab..
Akulah satu dalam seribu..
Tak salah melepaskan seseorang itu untuk kebahagian
 Sejarah tinggal sejarah..
Bukan melepaskan tapi cinta..

Tanpaku sangka persahabatan sangat bernilai seperti sebuah keluarga..

Ibarat Coolblog 
( Tetibe )
( apa kaitannye? ku terpikir sok nak lagi satu )
Variety 
( yumy sedapnyer )


Chocolate Ice Blanded with Pearl




Sangat DIVINE macam permata merah dan keluarga permata lain.. bila dapat ku miliki kesemuanya? hanya ada batu zamrud dijariku sudah cukup berharga..


Ni batu zamrud, paling dekat dengan aq, dan akan menjadi profile blog ni :)

Inilah batu merah, daripada sekolah menengah nak bende ni
Tapi hanya mampu main game pokemon je Ruby Version.

Bukan kucinta hanya dahan, mahupun buah hasil daripadanya, 
tetapi benih yang mungkin mewarnai hidupku..
Andai coolblog sesegar permata idaman..
Setiap hari akanku petik serinya

* P/S : inspirasi daripada beliau bernama permata merah seorang srikandi.

Keding si Permata Merah



Tuesday, February 21, 2012

Tentang Seseorang Bernama Hamba Allah

Cinta itu fitrah,
satu nikmat yang Allah beri utk semua merasa dan menilai,
satu jalan yang dikatakan ujian perasaan.
walaupun tak dimiliki secara zahirnya,
fitrahnya kita merasa, sangat manis bahkan lagi disentuh..
bagai sutera barangkali..

Entah mengapa..
aku rasa seakan sesuatu antara kita..
seakan bongkahan batu menutupi perasaan..
beristifar ku seketika..
dengupan tak henti ku sangka mainan syaiton..
nafasku rancak
mataku lesu
tanganku gigil
disaat cerita ini ku tulis..

jam 0105 tergerak hati ini cuba mengapai telefon genggam..
nama hamba Allah..
mungkin semuanya tenang selepas ini..

sebelum ini ku rasa seperti tak menentu..
ku rasa seakan bulan jatuh keriba..
bagai melihat bulan purnama..
disaat doaku makbul..
akulah orang paling bersyukur..

langkahku terhenti, impianku untuk melabuhkan cita ke utara..
ia terhenti bukan kerana jarak
bukan kerana masa
bukan kerana status..
tapi kerana aku gagal melawan perasaanku..

kata-kataku tiada kosong tapi bermakna
tiada dusta tapi cita-cita..
punah harapan..
seakan begitu..

" call held by other party "
siapakah dia?

" maaf  "
Seringkas kata seribu makna
Aurora perasaan mula membisik..

" ive a lot of problem "
gelisah, celaru
tapi gagal pertama kalinya..
tergantung ceritanya..

tak mampuku ungkap sepatah kata selepas saat ini..
biarlah kata memutar cerita..
biarkan masa memutar rasa..
biar saja cerita menjadi derita..

tentang seseorang ini
adalah yang ku anggap srikandi..
semoga impian yang ku ukir dan gariskan bersama menjadi realiti..

ku tahu Jodoh Rahsia Allah
ku tahu Fitrah nikmat sementara..
ku tahu Allah telah merancang sesuatu
bukan terbaik hanya utkku, 
tetapi utk semua bergelar hamba Allah..

Friday, December 30, 2011

Motivasi Ringkas Tentang Korban

2 Cerita pendek ini mengisahkan satu pengorbanan

______________________________________________________________________


Emas Edisi Terhad
Situasi Kedai Emas





Wanita : Encik boleh saya tanya?
Penjual : Boleh puan..
Wanita : Kalau ini saya tolak berapa boleh dapat?
Penjual : Ini.. ( hanya diam dan terkedu )
...
emas yang ingin ditolak wanita tersebut adalah edisi terhad hanya dijual 3 unit dalam asia, harganya begitu mahal, tak mampu untuk seorang businessman untuk memiliki emas tersebut..
...
Wanita : Kenapa encik?
Penjual : Saya tak mampu nak ambilnya kerana begitu mahal.. Kenapa encik tak simpan saja?
Wanita : Tak perlu encik, saya rasa ianya takboleh kemana hanya untuk kemewahan, sebagai gantinya, wang gadaian emas ini saya guna untuk keperluan lainnya..
Penjual : ...
...
Harta bukan berkekalan, hanya amal dan sedekah yang mampu membawa kita lebih jauh begitu juga ilmu dan amal..

______________________________________________________________________






Sepatu dan Buah Epal

Dengan perut yang kosong seorang pemuda sesat didalam hutan..
Hanya berselipar dan pakaian yang menutup penuh tubuhnya..
Setelah seharian mencari jalan pulang pemuda tersebut rehat disebuah pohon..
diatasnya terdapat buah kemerahan..
didapati pohon tersebut pohon epal..


Dengan perut yang lapar..
Pemuda tersebut cuba menggapai buah epal tapi tidak berjaya..
Mungkin tanpa jamahan buah epal itu pemuda tersebut boleh pengsan dan nasibnya tidak terbela..
Maka dengan selipar yang pemuda itu pakai..
Dibuka dan dilontar ke atas untuk menjatuhkan buah tersebut..


Dengan jayanya buah tersebut jatuh dan seliparnya sangkut dipohon..
Syukur dalam beberapa jam pejalanan pemuda tersebut berjaya keluar dengan jamahan buah epal atas pengorabanan seliparnya yang dilontar itu..

______________________________________________________________________

Kesimpulan dua cerita ini kita dapat lihat dimana pengorbanan itu memberi pengertian meluas..

Seperti dalam cinta, perlukan pengorbanan..
Sedang belajar perlu berkorban harta untuk kejayaan..

Tuesday, December 27, 2011

Tenkiu ! Mondot !

Sebabkan awak mondot !
Assignment saya dipermudahkan !
Dot tau tak ? !
Mot kongsi sama dengan yang lain ok !
Ada satu hadis diriwayatkan..

 Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti."


Contoh Saja Himpunan Hadis Shahih Bukhari Muslim


InshaAllah kita boleh ambil iktibar daripadanya..
Bantu membantu amalan mulia..
Muachhhh Dot ! HOHO
Berkawan biar beribu bercinta biar satu =)

Remind Of Me ::  seorang ustaz menanda kertas jawapan. apabila dilihat diatasnya kosong hanya tercatat sepotong hadis seperti diatas tambahannya balasan syurga bagi orang yang benar dengan pertolongannya. Maka ustaz tersebut serba salah untuk menanda. dipendekkan cerita, kertas yang kosong dihantar oleh pelajar tersebut diberikan B kerana hadis yang tepat. 

p/s :: if ! kita student tak dapat jawap pepe.. copy je hadis tu =P cadangan kosong je.. chaiyok sahabat !

Monday, December 26, 2011

Hanya Yang Benar Memahami

Ibarat batu yang berdiri dicelah deruan air..
Ajaibkan? tak mustahil pun..

" Perjuangan Belum Selesai "
Sajak indah daripada Tun Dr. Mahathir Muhamad
Sajak yang penuh dengan bait tersirat
Hidup melayu perlu dipertahankan walaupun berputih mata
Yang melatah takkan berjaya
Yang tegap berdiri saja boleh membina mercu tanda
Link - http://www.youtube.com/watch?v=TTmZb576HvU



Petang 26.12.2011

Tak sangka perjalanan tanpa dirancang memberikan makna yang berharga
Dengan batu batuan
Satu mercutanda telah dibina
Bukan hebat semata ditonjolkan, tapi keteguhan yang melambangkan sajak Beliau
Sampai bila, kita mahu duduk dicelahan batuan besar yang ditenggelami air
Air gunung tak akan berhenti mengalir
Batu tak akan berdiri sendiri jika kita tak berusaha
Ia seakan mustahil
Namun kejayaan tak akan datang dengan kata tanpa usaha yang gigih

p/s :: Sungai Lui - Aizat , pernah dengar? patot dengar la ingatnya.. sebab lagu tu lebih kurang erti dengan Sajak Tun kita.. Hanya yang benar benar faham akan berubah dan mencorak suasana mereka..




Syarat Melayu
1. Islam
2. Bertutur dalam bahasa melayu
3. Mengamalkan adat istiadat melayu


p/s :: Islam syumul =)

From the sea

Never thought on going such a life..
After years away from my past memory..
They had tried their best to change myself..


She, the one who i loved most..
She will never return..


My name Hariz called Siak !
Never forget the past cause i knew that the past will teach some lesson for the future..
Today the precious thing for me is Family..
Although its just three of us.. but i felt so lucky..
Living in the harmony and peaceful environment..

Friends..
Thank to Allah.. giving me an opportunity to have them..
without them i should not going this far..
mention their name? =)
never.. they'll know..

( .... cont. .... )

p/s :: crying..



Monday, August 23, 2010

Kata Hati Makna Cinta

Mungkin aku philophobia..

Saat ini
Sering kali aku terasa tersisih..
Sekali sekala rasa dihina..
Oleh kerana caraku dan gayaku begini..

Masa itu..
Terasa "total lost"..
Terasa lapang..
Kaku kakiku tak laku..

Sebelum ini..
Rasanya hanya untuk sehari dua..
Perginya tak ku ratapi sebegini rupa..
Ternyata badan merasa..
Kau berbeza..
Sungguh ku ratapi..

Mungkin..
Cara kasih kita xserupa lainnya..
Cara kita tak searus caramu..
Perbezaan itu bukan pemisah.
Perbezaan itu mendekatkan kita..

Mungkin dulu..
Caraku tak seperti bersamamu..
Suram..
Sepi..
Hanya menyapa tanpa kata sayang..

Kini..
Aku rasa disayangi..
rasa dihargai..

Mungkin caraku seperti xmenghargai dirimu..
Mungkin aku ini terlalu tenggelam dalam cinta..
Mungkin xsearus..
Aku lihat semua itu..
Aku rasa..
Maafkan aku..

Jika kau tahu..
Melihat bayangmu walaupun itu adalah kamu..
Aku tunduk menyendiri..
Tanganku pegang erat namamu..
Seerat kepercayaanku pada dirimu..

Airmataku..
Kau sering disisi..
Tetapi itu hanya sebuah potret..
Tatkala sepi..
Utusanmu datang mengubat hati lara..

Dalam kebingungan..
Aku faham dirimu..
Aku tahu mahu mu..
Kebebasan rasa kongkongan gayaku..
bukan kebebasan cinta..
Kau sering meyakinkanku..

Tapi..
Yang lalu seperti boneka hidupku..
Di hantui kata-kata..
Terselit di sudut menanti kemerdekaan bersama..
Penantian ternyata satu penyeksaan..
Kenapa aku tunggu?

Kerana..
Di balik kegelapan pasti ada sinar terangnya..
Pahitnya rasa manis bakal menjua..

Ingat lagi..
Kata-kata hitam putih..
Setia bersama
Tak lagi bersama
Corak hanya untukmu
Langkah tidak bersamaku

"Gila"
Tidak sekali jadi begitu..
Aku yakin penuh percaya..

Hanya masa dan ruang dapat memastikan sesuatu..
D.U.I.T itu peganganku pasti..

Hanya satu..
Hanya kamu..
Itu Cinta..

Sesaat aku berpaling, berhariku melangkah, makan minggu terpisah..
Kau terindah..
Kau selalu ada..
Sumpahku..
Darahku..
Bukan mainan seperti dunia..

Monday, August 16, 2010

Hadirmu Aku Hina, Pergimu Ku Tangisi..






Nyaman senja di usik siulan sang kecil..

lagu siulan bersilang dendangan ayat quran di masjid sebelah..
seperjuanganku menerpa panggilan sang cintanya..
terusik jiwaku sebentar..

Azan!!!
jamuan bukaku bersama roomate..
sekali lagi jiwaku terusik..
suapan demi suapanku teringat sesuatu yang menusuk..
tusukannya amat dalam..
aku xmampu tanggung keseorangan..

Ternyata aku tidak keseorangan..
A-Mie..
nasibnya sama sepertiku..
dia seperti memahami..
walaupun kami lelaki..
hati kami suci untuk seorang bernama wanita..

Kini lagu yang diputarkan,
-went you ran away-

Aduh
hati ini seperti digengam..
rasaku hanya air mata..
air mata yang tidak bermakna..
mengenang sesuatu yang tak pasti milikku..

Hadirku dihatimu dengan hasrat..
hadirku bersama masa depanmu..
segenap saja dirempuh sang perasaan..
marah..
aku dihina..
aku dipulau seperti orang asing dengan begitu singkat..

Apa salahku?
apa mahumu?
bilang saja mahumu..
aku hanya mencuba dan terus mencuba..

Tapi..
segala cubaanku..
hanya sia-sia..
tiada berkenan, tiada sokongan..
hanya kritikan demi kritikan terus di lontarkan padaku..

"Sakit!!"
sesingkat kata sedalam rasanya..
tiada ubat bisa mengubati hati ini..
hanya kepulangan dan penantian..

Bilikku kini sunyi
semuanya nyeyak tidur..
mungkin keletihan..
aku terus menulis..
ouh malam.. kau sepertinya setia menemaniku..
terima kasih..

Perasaan ini terus menerus menyepi sedih..
wahai hati ini..
tabahlah kerana dunia..
sabarlah untuk kesempurnaan..
tiada apa yang perlu kau capai hanya impian..
langkahlah dengan penuh keyakinan..
langkahlah tanpa ragu..

come on!! come on!!

_______________________________________________________________________


Ini bukan aku!!
aku masih menafikan semua ini..
aku taw kau sepertiku.
kau juga mahu nafikan apa terjadi..
mengapa hanya kerana beberapa faktor..
kau membiarkan dan memaksa diri..

Sayang..
adakah kata-kata kau itu benar?
kau bingung bukan?
kau silap bukan?
aku sudah kenal hatimu sayang..
katakan tidak pada apa yang berlaku..
pandanglah dengan mata hatimu..

Saat berlalu berganti minit..
semakin hari ternyata hati ini semakin sepi..
keranda sesimpit hati..
seribu rasa satu hati..
sejuk..
takot..
kecewa..
sering menghantui aku..

Langkahmu seperti menidakkan sesuatu..
senyummu seperti memberitahuku sesuatu..
adakah itu cinta?

Keseorangan aku merenung sudut kamar..
terkenang detik manis..
saat cinta hangat bertasbih..
tanpa sedar..
air mata membasahi pipiku..
"eh! nape nieh.."

Aku cuba menutup sedihku dengan senyuman dan perasaan riang..
aku gagal..
kau tetap aku kenang..
selama aku bisa bernafas
masih meneruskan hariku..
aku xputus mengingatkanmu..

Aku cuba segalanya..
ingat semua silapku..
hanya satu.
aku ingin kau selalu ada..
aku ingat setiap masa..

Walaupun kau hilang, kau senyap..
aku tahu kau tahu aku rindukanmu setiap masa..

Aku sangat merindukanmu cinta..



ps :: Bertahun lalu ~