Sunday, April 08, 2012

3 Wanita

Angin pagi mengejutkan lenaku..
Hanya mimpi terbuaiku seketika..
Mustahil untuk memiliki mereka..
Kerana mereka terlalu sempurna..

Andai pokok itu bergoyang menyatakan berita,
pasti ku tahu yang mana setia indah sempurna,
Seandai bisa ku atur ceria seorang wanita,
tak mungkin mustahil semua luar kuasa..

Hanya 3 wanita yang pernah ku kenal sempurna..

Jauh dipandangan selalu dihati,
Utara selatan bukan sempadan,
Itu pertama perasaan tlah lama ku simpan,
Kau pujaan kau dambaan seperti Puteri Jadian..

Rupanya berubah saat bersua wajah,
Minat yang sama cerita berbeza,
Jauh matang jauh lagi taraf kehidupan,
Kau ceria kau sri laksmana seperti Puteri Cendana..

Umur bukan alasan bercinta,
Bukan kerana perasaan derita atau memaksa,
Menunggu masa menunggu cinta,
tersimpan hati alkisah Puteri Gunung Ledang..

Andai bisa ku cerita setiap satu daripada mereka,
Tak habis semua yang kurasa,
Andai setelah ku miliki semua ini hanya sejarah,
Satu daripadanya akan ku miliki,
dan semuanya ku kan nanti dalam satu cerita,
cerita 3 wanita..

No comments:

Post a Comment