Sunday, March 25, 2012

Kronologi Cinta

Sinopsis Kronologi Cinta
- Pena Rahsia -




.....................................


Sekolah Rendah aku tersangatlah terjal, malas, nakal, degil dan suka membuli. Pernah cinta monyet kepada seorang perempuan ni bernama Sarah. Masa tu aku selalu baik dengan Sarah sampai sanggup bergaduh untuk dia walaupun dia sebenarnya tak suka pada aku. Selepas darjah 6 berpisah kerana keputusanku tidak sehebat dia.

Kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah berubah apabila aku dimotivasikan diri aku sendiri selepas hari berkhatan aku. Mula belajar menjadi seorang remaja. Mencapai keputusan cemerlang di tingkatan satu sehingga tingkatan tiga. Aku adalah antara 2 pelajar terbaik sekolah ketika itu. Namun sebelum PMR, aku dibuli oleh beberapa rakan menyebabkan aku hilang kepercayaan pada diri sehingga sekarang. Seorang sahabatku bernama Arif dan Yazid. Selalu menyatukan namaku dengan Fatin. Membuatkan satu perasaan itu timbul. Akan tetapi Fatin menolakku kerana badanku yang gemuk. Sejak itu aku nekad untuk langsing.

Tingkatan empat disekolah sama kerana keputusan yang biasa saja. Ramai tidak mengenaliku. Kenapa? aku mula rasa terpulau. Usahaku sebulan membuahkan kejayaan. Aku berjaya menurunkan berat badan yag ketara sehingga dituduh mengambil dadah. Sedih hati ini. Namun sejak hari tu namaku meningkat dan diberi keutamaan. Aku sering meminjamkan telingaku ke guru kaunseling. Menjadi pelajar yang namanya disebut-sebut sehingga bertemu dengan seorang gadis bernama Huda. Cinta bertahan sehingga akhir usia 18 tahunku. Sejak kehadiran Huda, aku menjadi semakin bijak. Pada masa yang sama aku dan 4 rakan lain membentuk satu kumpulan digelar adik beradik kerana selalu bersama antaranya Sazele, Faris, Husna dan Sarah (cinta monyet sekolah rendah). Kejayaan diraikan bersama. Keputusan kami berlima agak cemerlang dan tercipta lagu Awan Berarak yang satu hari pasti bermain ditelinga kami.

Selepas pemergian Cinta Huda, aku memasuki satu IPTA dan bertemu cinta Ain. Cinta bersama Ain di tikam kawan baik, Wan. Pasrah kerana terlalu lemah dengan kawan. Sejak hari itu Cinta aku tidak berbalas dan berganti. Cintaku bersama Azwa digantung atas dasar kawan, cintaku cuba bersinggah ke Salihah tetapi hanya dibibirku. Kerana ku tak mampu mencintai orang lain. Cinta yang aku cari asli.


Jika cinta dicari dan menyerupai ahli keluarga kita. Maka cinta itu sia-sia. Allah Sangat larang bercinta dengan sifat fizikal mahupun batin yang ada pada ahli keluarga kita. Jika terlintas difikiran cinta kita seakan mereka maka lepaskanlah kerana Allah. Percayalah akan ada yang terbaik.

Antara orang yang ku gelar cinta hanya Azwa dan Ain. Mereka tidak tumpah pada rupa dan bentuk sesiapa. Itu sangat asli. Inilah cinta Maya yang sangat aku ratapi. Hilangnya jatuh di pandangan. Hanya mampu untuk meratapi segala memori bersama. Cinta yang tak pernah wujud. Dan selaluku tangisi. Kini hanya 3 orang yang ku tunggu. Mereka berasal daripada 3 negeri yang berbeza. Manis kataku hanya kelebihan yang Allah beri untuk mendekatkan diri kepada-Nya


...................................................



Siapa sebenarnya 3 orang tu? adakah keluarga, rakan dan kekasih? Adakah aku dalam cerita ini akan bahagia? Cerita ini tidak mendatar. Selalulah Update. InshaAllah cerita penuh akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment