Thursday, March 08, 2012

Jika Bisa Ku Sentuh Bintang

Seindah malam dipagar bintang,
Tiada seindah malam itu,
Tapi sayang hilang,
Mungkin sementara.


Andainya diberikan satu peluang,
Kan ku minta ianya kembali,
Menjadi teman malam hari,
Sungguhpun jauh,
keberadaannya terasa begitu dekat.

Mungkin saat itu,
Hanya kebetulan,
Tanpa sengaja menambat hati ini pergi bersamanya,
Aduh sakitnya bila sedar,
Tak lagi bersamanya.

Bukan ku ungkit kehadirannya,
Kusedar ia sementara, seberapa nilainya padaku,
sebegitulah makna yang ku ertikan.

Ku tak mampu mengukapkan janji,
Tak jua mampu mengukapkan cinta,
Bukan lemah, bukan pula kalah,
Tapi ku sedar ku tak seberapa,
Syukur kerana akalku sempurna,
ciptaan Ilahi.

Berdosanya aku menjatuhkan airmata srikandi,
seorang wanita bukan lelaki,
tidakku lihat apa dimilikinya,
tidakkan lagi dilihat apa dirinya,
hanya istifar ku panjangkan,
mungkin nafsu mentahtakan diri.

Semakin hari semakin terasa hilangnya,
Ku tahu bukan hanya aku tapi dia juga merasa.

Bukan peluang ku pinta,
Bukan paksaan ku mahukan,
tapi ikhlasnya hati,
yang datangnya dengan air mata, 
ketiadaan kotak hati yang sifar.


Ibarat seekor semut, sekecilnya kecil lagi hatinya,
bukan niat bermain perasaan
tetapi
luahan si pena rahsia
iaitu aku

Jika ku sentuh bintang
mungkin semua menghina
kerana bintang itu mustahil untuk ku sentuh
apatah lagi untuk ku miliki




No comments:

Post a Comment