Thursday, March 15, 2012

Harapan Itu Pengajaran Terbaik


Ibarat perantau, kita boleh belaja banyak benda antaranya bagaimana nak jadi lebih efisyen dan produktif. Kita selalu tak sedar yang kita dah buat tu bagi manfaat dan kebaikan. Seperti cerita orang kaya yang terselamat seksa kubur, cerita ahli ahli alim yang sering kita perdengar di pusat pemulihan dimana,

"Pada suatu hari, seorang hamba Allah yang berada terlalu menilai rezki yang dimiliki, sehingga satu hari, keadaan yang menghalang orang upahan utk memasak kepada beliau, telah dihidangkan dengan sekeping roti, namun pabila telah terhidang, beliau membuang roti itu ke luar tingkap dan memarahi orang upahan itu serta menghukum. Alangkah jika dia tahu akan syukur nikmat. Saat kematiannya seperti orang lain. Lalu bila ditanya dalam soal jawab, satu sebatan dilemparkan, tetapi terselamat kerana sekeping roti itu menepis tamparan sebatan itu.

Berbalik pada roti, roti yang telah dibuang itu dikutip oleh perempuan tua di luar rumah hamba Allah itu, lalu perempuan itu terlalu bersyukur dan berdoa kepada Allah bahawa akan keselamatan duniawi dan ukhrawi hamba Allah tersebut. Doa itu Allah makbulkan."

Pembalasan dan penilaian dosa pahala di luar kuasa kita. Oleh itu jangan pernah menyesal dengan setiap satu yang telah diaturkan Allah utk kita. Percayalah setiap satu daripadanya ada kebaikkannya.

________________________________________________________________________

Andai diberi intan permata,
akan ku pilih dirimu,
Andai diberikan emas dan perak,
akan ku gadai diriku,
asalkan kebahagian itu milikmu.

Tidakkah cinta itu perasaan,
cinta tak semestinya memiliki,
cinta tak semestinya merasai,
cinta hanyalah nikmat yang sementara yang telah diberikan Allah sebagai satu nikmat.

Seorang yang berjaya menawan hati ini,
telah menutupi segalanya dengan pintu kerelaan,
bahawa cinta itu tak perlu utk dimiliki tapi dirasai.

Indahnya dunia seindah pemergiaamu,
indahnya syurga seakan senyumanmu.
Kini kurasakan itu sudah bererti utk diriku,
yang mungkin tak lagi melihat dirimu,
walaupun hanya sementara,
bukan ku lari tetapi menjauh kerana kau bukan lagi harapanku.

Harapanku menjadi pengajaran terbaik,
sebaris dengan pengalaman ku sebagai seorang penulis,
menjadi penulis memerlukan pengalaman yang menggunung,
ini mungkin bekalan terbaik buatku.
Terima kasih daun keladi,
Esok lusa mungkin bertemu kembali.

Ada satu bintang yang masih belumku petik,
Mungkin bintang itu hanya boleh menjadi teman dan wajah hiasan,
Atau suatu masa yang tak pasti.
Diri ini tak sempurna artist lain,
mahupun sesempurna iman didada yang "alim"
cukup sekadar menjadi topeng hidup yang telah Allah berikan utk penulis.

Penulis disini nak pesan,
Angpa yang dok diluaq jgn dok selesa dengan hak angpa la ni,
siapa tau esok luasa kita tadok lagi dale dunia ni,
Hanya Allah yang mengetahui.
Yang terbaik hanya jalan yang lurus.
Ingat cinta itu perasaan,
Jangan terlalu berharap,


Kerana Harapan itu akan menjadi pengajaran biarpun telah nyata.

3 comments: