Tuesday, February 21, 2012

Tentang Seseorang Bernama Hamba Allah

Cinta itu fitrah,
satu nikmat yang Allah beri utk semua merasa dan menilai,
satu jalan yang dikatakan ujian perasaan.
walaupun tak dimiliki secara zahirnya,
fitrahnya kita merasa, sangat manis bahkan lagi disentuh..
bagai sutera barangkali..

Entah mengapa..
aku rasa seakan sesuatu antara kita..
seakan bongkahan batu menutupi perasaan..
beristifar ku seketika..
dengupan tak henti ku sangka mainan syaiton..
nafasku rancak
mataku lesu
tanganku gigil
disaat cerita ini ku tulis..

jam 0105 tergerak hati ini cuba mengapai telefon genggam..
nama hamba Allah..
mungkin semuanya tenang selepas ini..

sebelum ini ku rasa seperti tak menentu..
ku rasa seakan bulan jatuh keriba..
bagai melihat bulan purnama..
disaat doaku makbul..
akulah orang paling bersyukur..

langkahku terhenti, impianku untuk melabuhkan cita ke utara..
ia terhenti bukan kerana jarak
bukan kerana masa
bukan kerana status..
tapi kerana aku gagal melawan perasaanku..

kata-kataku tiada kosong tapi bermakna
tiada dusta tapi cita-cita..
punah harapan..
seakan begitu..

" call held by other party "
siapakah dia?

" maaf  "
Seringkas kata seribu makna
Aurora perasaan mula membisik..

" ive a lot of problem "
gelisah, celaru
tapi gagal pertama kalinya..
tergantung ceritanya..

tak mampuku ungkap sepatah kata selepas saat ini..
biarlah kata memutar cerita..
biarkan masa memutar rasa..
biar saja cerita menjadi derita..

tentang seseorang ini
adalah yang ku anggap srikandi..
semoga impian yang ku ukir dan gariskan bersama menjadi realiti..

ku tahu Jodoh Rahsia Allah
ku tahu Fitrah nikmat sementara..
ku tahu Allah telah merancang sesuatu
bukan terbaik hanya utkku, 
tetapi utk semua bergelar hamba Allah..

No comments:

Post a Comment